30741319_227457584667568_5406628754896191488_n

Tentang Kami

TENTANG KAMI

Madrasah Huffaz Ulul Albab

Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah Tuhan Rabbul Jalil. Selawat dan salam ke atas Junjungan kita yang agung dan mulia Rasulullah SAW serta sekalian ahli keluarga dan para Sahabat Baginda.

MADRASAH HUFFAZ ULUL ALBAB sebelum ini dikenali sebagai Akademi Huffaz Ulul Albab (NS0141610-W) adalah pusat pengajian Al Quran dan pengajian berkitab berdasarkan kebajikan dan hibah untuk pelajar yang berumur antara 13 hingga 19 tahun lelaki dan perempuan. Beroperasi di Medan Nusari dan Nusari Biz, Bandar Sri Sendayan, Negeri Sembilan sejak tahun 2013. Selain menghafaz Al-Quran dan pengajian Islam, pelajar-pelajar juga dilatih dibidang kemahiran hidup secara teori dan praktikal. Bidang kemahiran yang disediakan ialah;

  1. Pembuatan kek, biskut dan roti,
  2. Jahitan pakaian dan kopiah,
  3. Pendidikan awal kanak-kanak
  4. Masakan dan Katering
  5. Kebudayaan dan pementasan (vokal, percussion, sound system, lighting, videografi, fotografi)
  6. Seni rekaan grafik dan percetakan
  7. Seni Kraftangan
  8. Pembinaan (Binaan bangunan, Kimpalan besi, Pertukangan kayu, pendawaian elektrik, partition, plaster siling dan lain-lain lagi)

Padatahun 2019 madrasah ini telah menampung seramai 114 orang pelajar, 16 orang guru dan 7 staff yang ditempatkan di beberapa buah asrama dan bangunan kelas yang disewa. 

30741319_227457584667568_5406628754896191488_n
,,
Pendidikan ke arah membudaya al-quran dan mengamalkannya adalah sesuatu perkara yang harus didokongi bersama. Tanpa kerjasama daripada semua pihak amat mustahil untuk direalisasikan hasrat ini. Oleh yang demikian marilah kita bersama membantu Madrasah ini semampunya. Semoga amal jariah ini diterima Allah.
22448417_135319567214704_1522813644209472756_n

SENARIO
Apa yang berlaku hari ini

Islam merupakan agama yang benar di sisi Allah ‘Azzawajalla. Namun di hari ini kita lihat masyarakat Islam khususnya generasi muda sedang amat dirosakkan oleh sistem dan cara hidup sekular dan barat yang telah bermaharajalela di negara kita. Benarlah kata Hadis Rasulullah SAW yang bemaksud, “Islam di akhir zaman ini ibarat pagi-pagi beriman, petang-petangnya kafir. Petang-petang beriman, pagi-paginya kafir.” Sungguh amat sulit untuk mempertahankan iman kita di waktu ini dengan fahaman sekularisme yang diwarisi sejak zaman berzaman.

Begitu juga wujud dalam kehidupan masyarakat kita hari ini pelbagai fahaman dan aliran dalam melaksana kan urusan ibadah, muamalat dan sebagainya yang tidak seiring dengan panduan yang digariskan oleh Rasulullah SAW seperti fahaman Syiah, Wahabi dan lain-lain lagi.

Masyarakat harus segera disedarkan dan dibawa kembali menyusuri keaslian ilmu agama Islam dengan mendedahkan kepada mereka sumber rujukan tertinggi dalam syariat Islam iaitu AL-QUR’AN dan AL-HADITH.

Kaedah pendidikan juga harus diperbetulkan semula di mana kejayaan mendidik manusia ialah bilamana seseorang itu mampu memperkenalkan Tuhan kepada manusia sehingga takut dan cinta kepada Nya.

Cinta dan takut itu menjadikan manusia itu suka beribadah kepada Tuhan Nya. Buah daripada ibadahnya melahirkan manusia yang baik yang boleh memberi manfaat kepada orang lain. Hadis Rasulullah SAW,  "Sebaik-baik manusia ialah yang memberi manfaat kepada orang lain".

URUSETIA

Tenaga pengajar dan tenga kerja kami sangat terlatih dan faham apa yang perlu diterapkan kepada anak-anak huffaz.

Ustaz Faisal Elias

Mudir
013-3565615

Puan Bahariah Abdullah

Pegawai Perhubungan
013-6710529